ragut emas kanak jom heboh
in

Wanita bertudung berpelitup muka ragut rantai emas kanak-kanak di Jom Heboh

Seorang kanak-kanak perempuan menjadi sasaran peragut wanita bertudung dan berpelitup muka, di acara Jom Heboh di Dataran Stadium Shah Alam, Selangor. Insiden tersebut dirakam oleh ibu saudara kanak-kanak tersebut, menunjukkan rantai emasnya direntap dari belakang kanak-kanak itu.

@_cheykaa Peringatan untuk saya & orang lain .. hati hati yang pakai gelang emas atau rantai emas .. sekarang kes macam ni dah banyak berlaku , saya kena dekat jom heboh shah alam .. anak buah saya pakai baju warna hitam , makcik belakang potong rantai terus hilang #kesragut #ragut #jomheboh #fyp #viral #shahalam #ipdshahalam #polisshahalam ♬ original sound – ♡ 〽️乇 𝓛 ♡

“Peringatan untuk saya dan orang lain, hati-hati yang pakai gelang atau rantai emas. Sekarang kes seperti ini sudah banyak berlaku dan saya kena ketika di Jom Heboh Shah Alam.

“Anak buah saya pakai baju warna hitam, Mak Cik di belakang potong rantai terus hilang,” tulisnya di ruangan kapsyen video.

Video tersebut menunjukkan bahawa wanita itu mungkin tidak bertindak sendiri, kerana seorang wanita lain yang memakai tudung ungu muncul memberitahu tentang dirinya dirakam. Sungguhpun begitu, wanita itu sempat meragut rantai emas kanak-kanak itu, sebelum berlindung di belakang seorang lelaki.

“Sejurus selepas kejadian, suspek wanita tempatan berusia 35 tahun berjaya ditangkap di lokasi terbabit berdasarkan rakaman video terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

@_cheykaa Membalas kepada @NaylaCopia ♬ original sound – ♡ 〽️乇 𝓛 ♡

Tambahnya, satu laporan polis juga telah dibuat pada jam 8.09 malam hari yang sama sejurus selepas kejadian curi itu.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai enam rekod lampau bersabit kes curi telah direman tiga hari sehingga Selasa depan untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber: TikTok

watie anjali kkhh

Netizen banding hubungan Shuib dan Watie mirip Rahul dan Anjali dalam Kuch Kuch Hota Hai

scha tak biadap twitter

Scha Alyahya terkejut namanya disebut sebagai selebriti yang paling biadap peminat pernah jumpa