21hmt1cw 1700541248
in

Ustaz Budak dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan bermula hari ini

Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 bulan terhadap Syamsul Zaman Sukri, 35, atau ‘Ustaz Budak’, yang merupakan pendakwah kerana melakukan kelucahan melampau dengan mencium dan mencabul seorang ahli perniagaan lelaki, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas, membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Ustaz Budak yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara bagi tempoh itu di Mahkamah Majistret di sini pada 9 Mac 2023 lalu.

Mohamad Abazafree dalam penghakimannya berkata, mahkamah menolak tujuh perkara yang dibangkitkan Syamsul Zaman yang merupakan perayu dalam kes itu.

WhatsApp Image 2023 11 21 at 11.51.48 AM

Menurutnya, perayu mendakwa keterangan mangsa tidak boleh dipercayai, namun Syamsul Zaman tidak mempunyai bukti kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.

“Perayu juga gagal menimbulkan men srea (niat jahat) dalam kes ini, tetapi alasan penghakiman Mahkamah Majistret termasuk nota keterangan menunjukkan bahawa ada tindakan dan niat perayu terhadap mangsa.

“Justeru, Mahkamah Tinggi berpendapat hukuman yang ditetapkan oleh Mahkamah Majistret adalah tepat dan memadai,” katanya.

Mohamad Abazafree berkata, sehubungan itu, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 13 bulan yang ditetapkan Mahkamah Majistret di sini bermula hari ini.

2431738

Syamsul Zaman didakwa mencium pipi dan mencabul seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah hotel pada 16 Disember 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Ustaz Budak dihadapkan ke mahkamah di negeri ini pada 13 pertuduhan melibatkan jenayah seksual terhadap beberapa mangsa lelaki termasuk bekas pelajarnya.

Sumber: Harian Metro

402930530 10229899360415724 6500438850654432827 n

Konsep tandas ‘open-air’ sekolah di Johor bagi pelajar lelaki dapat pujian netizen

mercer logo

Kajian Mercer: Purata gaji di Malaysia akan meningkat 5.1 peratus pada tahun 2024