ahlong rampas axia anak
in

Upahan Ah Long rampas kereta anak disebabkan ibu tak bayar hutang, 3 suspek berjaya ditahan

Kegagalan seorang ibu membayar balik pinjaman RM100,000 dengan Ah Long mengakibatkan kereta anaknya dirampas oleh tiga orang upahan di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang.

Satu video tular merakamkan detik ketika lelaki terbabit menarik pemandu keluar dari Perodua Axia miliknya di persimpangan.

“Ibu mangsa telah membuat pinjaman wang RM100,000 dengan seorang lelaki dan membuat perjanjian bertulis, sekiranya gagal membuat bayaran balik pinjaman, dia akan menyerahkan kenderaannya kepada lelaki berkenaan.

“Disebabkan ibu mangsa gagal melunaskan hutangnya, pemberi pinjaman bertindak merampas kereta yang dipandu mangsa sewaktu berhenti di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang, Butterworth.

“Akibat kegagalan ibu mangsa membayar balik wang pinjaman, maka pemberi pinjaman telah mengupah orang untuk merampas kereta anak mangsa.

“Ketiga-tiga suspek berkenaan adalah orang upahan yang diupah pemberi pinjaman terbabit.

“Semasa tangkapan, ketiga-tiga suspek berada di bawah pengaruh dadah dan polis akan membuat permohonan reman ke atas mereka hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis Daerah Seberang Perai Utara telah menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 27 dan 49 tahun di lokasi berbeza termasuk Kuala Kangsar, Perak, Seberang Jaya dan Butterworth.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan tanpa senjata yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan sekiranya sabit kesalahan.

fasha sandha dituduh potong usus

Tuduh Fasha Sandha potong usus, jururawat mengaku silap dan segera mohon maaf

220206123645 awkwafina 2021 file restricted

Awkwafina memberitahu dia pernah tinggal di Kuala Lumpur