71684110657 ularsawa
in

Ular Sawa 10kg ditemui dalam mangkuk tandas dalam kejadian di Kampung Wakaf

Seorang pemilik rumah di Kampung Wakaf, Pasir Puteh, Kelantan, terkejut apabila mereka menemui seekor ular sawa seberat 10 kg di dalam mangkuk tandas mereka. Pemilik rumah terkejut selepas terdengar bunyi jatuh dari bumbung, dan terus menghubungi Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota termasuk seorang pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menangkap ular sawa berkenaan.

“Setiba di lokasi, kami dapati ular tersebut sedang berlingkar di dalam tandas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Reptilia yang berukuran dua meter panjang itu telah ditangkap menggunakan penjerut, pengepit dan pengait. Kejadian ini merupakan salah satu kes di mana 60 ular sawa berjaya ditangkap akibat cuaca panas, mendorong haiwan tersebut mencari kawasan yang lembap dan sejuk.

Sumber: Sinar Harian

wanita sijil cerai 1

“Terima kasih Ya Allah aku sudah bercerai” – Wanita kelihatan gembira setelah terima sijil cerai

Screenshot 476

‘Siti Sarah sentiasa hidup dalam keluarga kita’ – Lakonan Uwais sempena Hari Ibu menyentuh perasaan