Video tular beberapa bulan lalu memaparkan Ustaz Azhar Idrus, dilihat mendongak secara senyap, ke puncak masjid di Terengganu ketika menyampai ceramah.
Kejadian ini mencetuskan perbincangan dan kegusaran di kalangan warga yang percaya UAI telah menyaksikan sesuatu yang luar biasa.
Bagaimanapun, UAI baru-baru ini menjelaskan keadaan itu dalam sebuah video, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan netizen tertentu yang mendakwa dia melihat sesuatu yang luar biasa.
@nobody_noname_noone Alhamdulillah terjawab jgak #ustazazharidrus #UWA #viral ♬ original sound – عبد الله
“Budak ni tanya dalam TikTok, saya tengok atas dalam masjid. Tengok apa? Ramai tanya tu. Dia kata dalam masjid, dalam TikTok ramai tanya ustaz tunjuk atas. Saya jawab tunjuk janda.”
“Dia yang sebenarnya budak-budak. Di bahagian atas majid ketika itu masih belum siap tapi saya dengar bunyi budak-budak panggil saya, ‘ustaz, ustaz, ustaz’. Tapi bila saya angkat kepala, dia lari.”
“Ada dalam empat lima orang, masa tengah-tengah ceramah dia panggil lagi. Bila saya tengok je dia lari, bila saya tengok je dia lari.”
Di penghujung video tersebut, UAI secara jenaka menyebut dakwaan beberapa netizen yang percaya dia pernah melihat bayang malaikat maut dan Nabi Khidir.
Inilah video tular yang dimaksudkan UAI itu.
@happysokm0o UAI tengok ape kat atas tu semasa ceramah kat masjid??🤔 mcm tengok kelibat bende je..
Sumber: TikTok