Kemaskini: Polis telah pun menahan suspek, seorang wanita tempatan berusia 34 tahun, namun dia menafikan perlakuan dia yang telah dirakam dalam video. Lebih mengejutkan, dia dilaporkan pernah melakukan perkara yang lebih kurang sama, dalam kejadian tahun 2021, dan masih dalam perbicaraan sehingga sekarang. Menurut undang-undang, kesalahan tersebut boleh disabit dalam akta 31(1)(a) kanak-kanak tahun 2001, yang mana pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM50,000, atau kedua-duanya sekali.
Sebuah video yang memaparkan tingkah laku kasar pengasuh terhadap bayi yang baru lahir telah menjadi tular sehingga menimbulkan kemarahan pengguna media sosial.
Kejadian berlaku harini di sebuah taska. Pengadu takut nak buat report polis. Lokasi erea Mutiara Rini, Skudai Johor.
Tukang amik video tak berani nk report…tlg sebarkn semoga video ni smpi pd parents baby tu. Apa ni sebahagian drpd penderaan?
Via FB Sinar Hairan pic.twitter.com/WqZeGHWLOd
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) May 15, 2023
Video tersebut menunjukkan pengasuh itu melepaskan dan menghempas bayi itu beberapa kali kerana geram dengan mangsa yang kerap menangis.
Dalam klip lain, pengasuh itu dilihat tanpa sebab menepuk kepala bayi itu sambil memarahi dan meniup ke muka kanak-kanak itu. Menurut sumber, kejadian tersebut telah berlaku di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Mutiara Rini, Johor.
“Dapat video ini daripada group taman rumah. Diorang suruh sebarkan sebab tukang record tak berani report polis.
“Ya Allah, dihempas-hempas macam tu je baby tu. Speechless sebab pernah call taska ini masa nak hantar anak dulu.
“Tolonglah kalau jenis baran, tak reti sabar dan berjiwa syaitan, tolong jangan buka taksa atau jadi cikgu taska. Pergilah cari rezeki cara lain,” katanya.
Perakam video telah menggesa orang lain untuk berkongsi rakaman itu, kerana sendiri takut untuk melaporkannya kepada polis. Netizen menuntut tindakan pantas daripada pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian itu, dan menahan pengasuh yang bertanggungjawab bagi mengelak kecederaan selanjutnya kepada kanak-kanak lain yang tidak bersalah di pusat asuhan tersebut.
Sumber: Twitter