Video viral baru-baru ini menunjukkan seorang lelaki dipercayai suami bagi wanita tersebut telah menendang dan memukulnya di kawasan awam, telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian.
Kejadian berdurasi 15 saat itu dikatakan berlaku di Desa Tebrau, memaparkan pasangan itu terlibat dalam pertengkaran mulut, sebelum lelaki itu melakukan keganasan fizikal terhadapnya. Wanita itu turut membaling objek ke arah lelaki itu semasa pergaduhan itu.
@md.azwan01 support guys . #jbstyle #tiktokmalaysia #kampungstory #malaysiafamily #fyp
Seorang pemerhati, disyaki rakan kepada orang yang merakam video tersebut, hanya menyaksikan kejadian itu dari luar kawasan itu. Sebab khusus di sebalik pertengkaran pasangan itu tidak pula diberitahu.
Sumber: Majoriti