tng charm oyen
in ,

Touch ‘n Go melancarkan keychain Oyen TNG Charm dengan harga RM30

Touch ‘n Go telah melancarkan keychain baharu untuk Furry Series mereka, iaitu Oyen TNG Charm. Keychain itu berharga RM30, dan berfungsi sama seperti Kad Touch ‘n Go yang dipertingkatkan dengan fungsi NFC. Watak kucing oren yang comel ini adalah cara menarik untuk menambah personaliti anda ketika membuat pembayaran Touch ‘n Go.

231030 tng ewallet tng card charm oyen cat 1024x1024 1

Keychain tersebut sesuai untuk pengguna yang sering menggunakan pengangkutan awam, kerana ia dilengkapi dengan tali lanyard yang membolehkan anda melekatkannya pada beg, dompet atau barang peribadi anda yang lain.

Ia juga boleh digunakan untuk pembayaran tanpa tunai di lebih daripada 1,500 tapak letak kereta yang menyokong pembayaran dengan Touch ‘n Go di seluruh negara.

Keychain Oyen TNG kini boleh didapati di Pusat Perkhidmatan dan Jualan Touch ‘n Go di NU Sentral dan Bangsar South. Ia juga boleh didapati dalam talian dari kedai rasmi di Shopee.

Semua TNG Charm dijual tanpa sebarang nilai didalamnya dan mesti dimasukkan nilai sebelum digunakan. Sama seperti Kad Enhanced TNG, keychain tersebut mempunyai tempoh sah selama 7 tahun sahaja.

Stor Shopee: https://shopee.com.my/touchngo.os/19385205122

2021 09 20T032650Z 383810167 RC2DTP9IO0C7 RTRMADP 3 HEALTH CORONAVIRUS MALAYSIA scaled 1

Malaysia membazirkan RM505 juta nilai vaksin Covid-19 kerana pengambilan rendah

Kawasaki Z250 ABS

Warna baharu untuk model 2024 Modenas Kawasaki Z250 ABS dan Z650 ABS kini terdapat di Malaysia