Cover 31 800x420 2
in

Tiktoker dikecam kerana kentut di mikrofon kapal TLDM

Seorang Tiktoker telah menerima kecaman banyak pihak di media sosial setelah melakukan aksi yang tidak sopan di atas kapal tentera laut, semasa Hari Terbuka Armada Tentera Laut Diraja Malaysia.

@nizamlanun

semoga TLDM sentiasa gah #navypeople🇲🇾⚓

♬ bunyi asal – nizamlanun – nizamlanun

Tiktoker bernama Zuraidah Nasir, telah hadir pada acara TLDM tersebut, dan berpeluang untuk memasuki bilik kawalan utama kapal. Namun Zuraidah berpura-pura sakit perut, mencapai mikrofon, dan mengeluarkan kentut kuat yang bergema di dalam dan luar kapal.

Perbuatan Zuraidah itu bukan sahaja menjijikkan, malah mencemarkan maruah warga TLDM. Tambahan pula, beberapa anggota TLDM turut dilihat turut serta dalam video tersebut, memburukkan lagi keadaan.

Pesara tentera, Fakhrin Tokai, mengakui beliau juga terkejut melihat video tular itu yang baginya telah menghina tentera.

@fakhrintokai

Nak buat konten jangan sampai menghina. Yang dalam uniform hati-hati dengan konten anda. #tenteralautdirajamalaysia #angkatantenteramalaysia #royalmalaysiannavy #fakhrintokai #tldm

♬ original sound – Fakhrin Tokai – Fakhrin Tokai

“Dia ini orang awam, dia mengambil kesempatan kerana di luar sana ramai yang tidak suka pada askar dan kita tidak menafikan. Jadi, dia memang menunggu peluang seperti ini untuk menghina tentera.

“Yang menyedihkan, ada anggota tentera yang terlibat. Tak tahu sama ada mereka sedar apa yang mereka lakukan, tetapi pengelibatan mereka sangat menyedihkan saya.

“Yang kasihannya pegawai pemerintah kapal, rekod dah jadi buruk. Anggota tentera yang terlibat itu mungkin akan dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

adun duyung e1683894557677

ADUN Duyung mengamuk kakitangan kerajaan datang lewat ke mesyuarat

Sepang 2022

Acara F1 boleh kembali semula di Malaysia dalam 3-5 tahun lagi dengan bersyarat