Tiket konsert Coldplay diletak sebagai mas kahwin adalah tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.
“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50.
“Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.
Dinyatakan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman baru-baru ini, dia memberitahu bahawa tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin sangat bercanggah dengan syariat Islam, tegasnya.
“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” katanya.
Pada Isnin lalu, pasangan pengantin baru di Indonesia menjadi tular selepas memilih tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka. Pilihan yang tidak konvensional ini mencetuskan perbincangan orang ramai tentang sah atau tidak mas kahwin berbentuk begitu.