remaja oukul gelandangan ditahan
in

Tiga remaja pukul gelandangan dengan pemukul besbol ditahan, seorang masih dikesan

Tiga remaja lelaki ditahan berhubung kes tular memukul gelandangan dengan kayu besbol di sekitar kawasan bawah jambatan dan sebuah pasar raya di Pelabuhan Klang.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata kesemua suspek yang diberkas di daerah ini pada pukul 3 pagi, merupakan warga tempatan berusia 16 tahun. Bersama tangkapan itu, polis juga telah merampas tiga telefon bimbit, dan sebuah kereta Proton Wira.

Menurut Asisten Komisioner Cha Hoong Fong lagi, seorang daripada suspek mempunyai sejarah dua rekod jenayah lampau.

“Hasil siasatan mendapati, ada tiga kejadian membabitkan tiga mangsa berbeza, justeru polis mempergiatkan usaha untuk mengesan mangsa lain

“Kesemua suspek direman tiga hari sehingga Rabu ini. Polis juga masih mencari seorang lagi lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan awal mendedahkan bahawa terdapat tiga insiden berasingan yang melibatkan mangsa yang berbeza. Usaha mengesan dan membantu mangsa yang terlibat kini sedang giat dijalankan.

Katanya, orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ketiga-tiga remaja itu kini ditahan reman selama tiga hari sehingga Rabu, dan kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

ubai lamar shila kahwin

Ubai melamar Shila Amzah dalam bentuk grand – “Will you marry me, Sha?”

vlcsnap 2023 06 05 17h52m59s003

Pemandu lori mengalami serangan jantung melanggar kereta dalam kejadian di Alor Setar