budak gaduh
in

Tidak puas hati dibaling pemadam, pelajar sekolah menengah bergaduh di Kempas, Johor Bahru

Beberapa pelajar telah ditahan polis selepas berlakunya pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan berlaku di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Kempas, Johor Bahru, Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, menyatakan pergaduhan membabitkan pelajar Tingkatan Tiga itu berpunca daripada perselisihan faham.

“Polis Daerah Johor Bahru Utara menerima laporan kes beberapa pelajar sekolah bergaduh hingga mendatangkan kecederaan sekitar jam 3.43 petang Rabu.

“Siasatan polis mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang pelajar yang telah dibaling dengan pemadam pensil oleh rakan sekelasnya dua hari sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa pelajar dari sekolah tersebut telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat kecederaan di kepala, serta lebam di kaki dan tangan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara telah menahan beberapa pelajar berhubung kejadian itu. Balveer menyebut bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

9fdb91d96a423e6af56c7e454ed866ff

Tidak salah berikan bonus kepada ahli syarikat, AKSB pertahankan keputusan mereka

ryan gosling and margot robbie barbie 2023

Treler baru Barbie menampilkan lagu remix baru dari kumpulan Aqua