wanita sijil cerai 1
in

“Terima kasih Ya Allah aku sudah bercerai” – Wanita kelihatan gembira setelah terima sijil cerai

Reaksi seorang wanita yang kelihatan lari kegembiraan setelah mendapat sijil cerai secara rasmi dengan suaminya menjadi tular di media sosial sekali gus meraih perhatian netizen.

“Ya Allah keluar juga akta ceraiku, Ya Allah. Terima kasih Ya Allah aku sudah bercerai.

“Akta cerai, terima kasih Ya Allah telah mengakhiri penganiayaan ini,” ujarnya lagi sambil ketawa.

@tinamomami92

Alhamdulillah Cerai 🤲 #viral #fypシ #cerai #janda #mamamuda #fyp #viralvideo #sulawesitenggara

♬ suara asli – May Tina Momami – May Tina Momami

Video tersebut dikongsikan di TikTok @tinamomami92, berlaku di Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia, menunjukkan gelagat wanita berkenaan yang langsung tidak bersedih selepas berpisah dengan suaminya. Dia juga memanjatkan kesyukuran sebaik masuk ke dalam kereta, setelah mendapat sijil cerai.

Wanita berusia 31 tahun itu memaklumkan dalam ruang komen bahawa hubungannya mempunyai masalah apabila suaminya melakukan kekerasan serta berlaku curang. Dia mengaku bahawa hidupnya kini lebih tenang malah tidurnya lebih nyenyak.

Dalam pada itu, netizen turut memberikan komen mengenai reaksi yang ditonjolkan wanita tersebut.

“Luarannya bahagia tapi di dalam kita tak tahu.

“Ya Allah saya nak bercerai tapi takut sebab tak boleh cari duit sendiri.

“Semoga tak salah pilih lagi,” komen netizen di TikTok.

Hantaran tersebut telah meraih tontonan lebih 4.1 juta setelah disiarkan.

Sumber: Wolipop

dusuki cordplay 2 1

Sokong Coldplay, bermakna dia sokong LGBT, kata Ustaz Ahmad Dusuki

71684110657 ularsawa

Ular Sawa 10kg ditemui dalam mangkuk tandas dalam kejadian di Kampung Wakaf