makkah 1626275239
in

Tempoh giliran untuk menunaikan haji kini mencecah 148 tahun

Menurut Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tempoh menunggu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan haji kini mencecah 148 tahun.

Lebih 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan sabar menunggu giliran menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Syed Saleh yang juga Ketua Kumpulan Haji Malaysia menggesa jemaah haji terpilih memanfaatkan peluang berada di Tanah Suci dengan melakukan ibadah.

“Kita kena berpegang kepada dua kata kunci iaitu syukur dan sabar. Syukur sebab kita dapat berada di Tanah Suci selepas menunggu sekian lama serta sabar dengan setiap dugaan termasuk karenah teman sebilik dan cuaca panas sepanjang perjalanan haji ini,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan pelantikan Sahabat Maktab di sini.

TH menggunakan sistem pendaftaran haji terbuka berasaskan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan”, yang telah dilaksanakan sejak 1995. Pendeposit TH boleh mendaftar untuk menunaikan haji apabila simpanan mereka mencecah RM1,300.

Setiap pendeposit berdaftar diperuntukkan tahun tertentu untuk menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran mereka. Bagi musim haji semasa 1444 Hijrah, Malaysia telah diberikan kuota haji sebanyak 31,600 jemaah oleh Kerajaan Arab Saudi.

Sumber: BERNAMA

syamsul sarah sah cerai 2

“Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu,” – Syamsul Yusof & Puteri Sarah sah bercerai

l intro 1686672013

YouTube sedang menurunkan syarat kelayakan untuk pencipta kandungan buat duit