in

Tarikh Hari Raya Aidiladha diumumkan pada 29 Jun 2023

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi,” menurutnya dalam pengumuman yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

wanita mental

Bukan sahaja dikenakan tindakan tatatertib, pegawai wanita ini perlu jalani pemeriksaan mental juga

budak sek ultras malaya

Kumpulan sorak sekolah ini boleh jadi pelapis Ultras Malaya