Kumpulan T20 menyumbang 85% (RM33.68 bilion) daripada cukai pendapatan peribadi yang dikutip pada 2022, menurut alporan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Manakala kumpulan M40 pula menyumbang 13% (RM5.38 bilion), dan baki 2% adalah daripada pelbagai kategori. Jumlah kutipan cukai pendapatan peribadi sebanyak RM39.26 bilion membentuk 19% daripada hasil cukai keseluruhan LHDN yang memecahkan rekod RM175.4 bilion.
Cukai korporat menyumbang RM97.94 bilion (55%) kepada hasil LHDN, manakala baki 26% (RM37.8 bilion) datang daripada cukai keuntungan hartanah, duti setem dan cukai ke atas koperasi.
Bajet 2023 bertujuan untuk mengembangkan asas cukai dengan mengurangkan cukai untuk kumpulan M40 dan meningkatkan cukai untuk kumpulan T20. Kerajaan telah memperuntukkan RM5 bilion untuk pengecualian cukai bagi menyokong aktiviti ekonomi.
LHDN yakin dapat melepasi sasaran kutipan cukai RM176.1 bilion untuk tahun 2023 ini.