2417922
in

Syed Saddiq kosongkan jawatan sebagai Presiden MUDA

Berikutan sabitan atas pertuduhan berkaitan rasuah, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan sementara sebagai Presiden parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA).

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas yang diadakan oleh pimpinan MUDA, beberapa jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi. Timbalan Syed Saddiq, Amira Aisya Abd Aziz, akan memegang jawatan sebagai pemangku Presiden dalam tempoh tersebut.

2380041

“Saya akan mengosongkan jawatan sebagai Presiden MUDA sementara membersihkan nama melalui proses mahkamah,” katanya pada sidang media.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa beliau tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti politik dalam tempoh sementara ini.

Keputusan Mahkamah Tinggi mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada berjumlah lebih RM1 juta. Hakim Azhar Abdul Hamid memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Syed Saddiq dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta. Sebagai respon kepada keputusan itu, Syed Saddiq menyatakan kepercayaannya terhadap badan kehakiman dan menyatakan bahawa beliau menghormati keputusan mahkamah. Beliau menegaskan bahawa mahkamah akhirnya akan menentukan nasibnya.

SYEDSADDIQ 1247 scaled 1

Dalam kenyataan berasingan, Syed Saddiq menegaskan bahawa seseorang individu mesti menjunjung standard tertinggi integriti dan kelakuan beretika untuk memimpin Malaysia dengan berkesan. Beliau menegaskan bahawa membina institusi yang kukuh dan memperkasakan rakyat adalah penting untuk kemajuan Malaysia.

“Untuk menjadi seorang pemimpin yang ingin memajukan negara ke tahap tersebut, individu itu perlu jadi lebih putih dari putih, to be a good leader in Malaysia, to realize that Malaysian dream, you need to be whiter than white,” kata Syed Saddiq lagi.

Sumber: Berita Harian

399320048 768900481943745 939299118910098668 n

Kad BonusLink kini boleh dimasukkan ke dalam Google Wallet

foodpanda Malaysia Launches Smart Rider Bags with Real Time Ad Tracking 1

foodpanda Malaysia memperkenalkan iklan digital pada beg penghantar, Johor Bahru menjadi tempat perintis pertama