Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3, dengan peruntukan lebih RM2 bilion dari kerajaan, dijangka akan diagihkan kepada penerima yang layak sebelum Aidiladha ini.
“Dan juga e-Belia sebanyak RM200 membabitkan mereka yang berusia 18 hingga 21 tahun akan disalurkan sebelum sebelum minggu ketiga bulan ini,” kata beliau.
Inisiatif itu bertujuan untuk memanfaatkan lebih daripada lapan juta penerima. Anwar membuat kenyataan ini sebagai menjawab soalan mengenai pembaharuan kerajaan dalam membendung ketirisan kewangan dan memastikan ketelusan dalam pemantauan bajet, yang dikemukakan oleh Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Anwar seterusnya menegaskan sehingga Mei, kira-kira RM158 bilion atau 41 peratus daripada jumlah peruntukan Bajet 2023 telah pun dibelanjakan, khususnya menangani langkah belanjawan yang dilaksanakan bagi meringankan kos sara hidup rakyat. Komitmen kerajaan untuk melaporkan perbelanjaan dan memantau belanjawan negara mencerminkan usahanya untuk memastikan tadbir urus yang berkesan dan mencegah salah laku kewangan atau penyelewengan dana awam.