dreamstime l 104504917
in

Suami mengelar dirinya selepas ditegur beli jam tangan mahal sebagai hadiah

Seorang lelaki di Damansara, Selangor, telah bertengkar dengan isterinya di kediaman mereka, selepas ditegur kerana membelanjakan jam tangan mahal sebagai hadiah.

Pertelingkahan itu telah menyebabkan lelaki itu mencederakan diri sendiri, dengan mengelar dirinya dengan kaca, mengakibatkan pendarahan yang banyak pada tangan dan lehernya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut, dan telah melancarkan siasatan.

“Isteri menyatakan mangsa membelikan hadiah jam tangan dan isteri menegurnya tidak berbelanja lebih.

“Ini menyebabkan mangsa marah dan memecahkan balang kaca serta mengambil serpihan kaca sebelum kelar pergelangan tangan kiri dan leher,” katanya

Pihak polis mendapati pertengkaran itu berlaku pada pukul 7 malam dan mangsa yang mempunyai masalah kesihatan telah mengancam untuk mencederakan dirinya sendiri.

Walaupun tiada tangkapan dibuat, kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

shuib watie 1 scaled 1

Majlis perkahwinan Shuib dan Watie mendapat tajaan lebih RM1 juta

pontianak jb sg

Pengguna berkongsi foto entiti paranormal di pusat pemeriksaan Imigresen Johor dan Singapura