Sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam kecurian tabung masjid di Bukit Besi, telah ditahan semula hari ini untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan sama.
VIDEO] Suami isteri disyaki cuba pecah tabung masjid diberkas
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
14 Jun 2023, 4:43 pmDUNGUN – Sepasang suami isteri ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan cubaan mencuri dan memecah tabung Masjid Kuala Abang di sini pada minggu lalu.… pic.twitter.com/qquIFg7AlJ
— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 14, 2023
“Sebaik tempoh reman berakhir hari ini, pihak polis menahan semula kedua-dua suspek untuk siasatan satu lagi kes di Masjid Kuala Abang.
“Perbuatan pasangan itu terbongkar selepas ahli jawatankuasa masjid tersebut memeriksa kamera litar litar tertutup CCTV masjid, pada 9 Jun lalu,” katanya
Suspek berusia 26 dan 23 tahun itu ditahan selepas cuba mencuri dan menceroboh tabung masjid di Kampung Kuala Abang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, menyatakan pasangan itu sebelum ini direman lima hari berhubung kes curi tabung masjid di Bukit Besi.
Siasatan awal mendedahkan bahawa kedua-dua mereka telah membuat percubaan untuk menceroboh kotak kutipan masjid pada 6 Jun kira-kira jam 10:14 pagi dan pada 8 Jun kira-kira jam 2 pagi.
“Bagaimanapun, usaha kedua-kedua suspek memecah tabung itu gagal.
“Hasil ujian air kencing terhadap kedua-kedua suspek mendapati lelaki itu positif methamphetamine manakala isterinya negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: Buletin TV3