Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (Pride) dan redONE Network Sdn Bhd (redONE) telah mengumumkan kerjasama untuk menjenamakan semula Stesen LRT KL Sentral sebagai ‘KL Sentral redONE.’
Ketua Pegawai Eksekutif Pride Fa’izah Khairuddin berkata, kerjasama ini adalah sebahagian daripada perjanjian hak penamaan stesen selama lima tahun dan bertujuan untuk mewujudkan perkongsian strategik dengan jenama terkenal sambil mengembangkan kehadiran jenama mereka dalam pelbagai aset Prasarana.
“Menerusi usaha hak penamaan, pihak korporat kini mempunyai saluran langsung atau program bagi penglibatan dalam menambahbaik pengangkutan awam,” katanya pada majlis pelancaran penjenamaan semula itu di KL Sentral di sini, pada Isnin.
Dengan kerjasama dengan redONE ini, pengendali rangkaian maya mudah alih, Pride berhasrat untuk mempamerkan dan mempromosikan jenama redONE kepada berjuta-juta pengguna stesen.Kerjasama ini akan meningkatkan promosi rangkaian redONE di Lembah Klang.
“Kami menyasarkan segmen B40 dan M40 dan percaya kerjasama ini adalah platform baik dalam usaha menjangkau khalayak berkenaan,” katanya pada majlis itu.
Paparan stesen yang dijenamakan semula, termasuk papan tanda dan peta aliran, akan dapat dilihat di sepanjang kawasan utama dan laluan Kelana Jaya, serta di kereta api itu sendiri.
Sumber: Facebook