johari 1699088575
in

Speaker Dewan Rakyat akan paparkan nama ahli parlimen yang ponteng di laman web

Dalam usaha meningkatkan kehadiran di Parlimen, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, sedang mempertimbangkan untuk memaparkan nama Ahli Parlimen yang didapati sengaja tidak hadir atau “skip” sesi Parlimen di laman web Dewan Rakyat.

Johari berkata, beliau akan membincangkan cadangan itu dengan jawatankuasa Parlimen, termasuk ahli Parlimen daripada pembangkang dan kerajaan. Tambahnya, beliau berharap untuk mula memaparkan nama ahli parlimen yang tidak hadir secepat mungkin, mungkin pada persidangan Parlimen akan datang.

download 2

“Seeloknya kita mulakan (paparkan nama di laman web) secepat mungkin, mungkin pada persidangan yang akan datang, ini antara penambahbaikkan yang kita akan buat kerana ia akan berikan peluang kepada masyarakat yang memilih mereka bertanya di manakah Ahli Parlimen berkenaan menghilangkan diri,” katanya.

Johari mengakui beberapa ahli parlimen mungkin mempunyai alasan yang sah untuk tidak menghadiri sesi Parlimen, seperti menghadiri mesyuarat di lokasi lain atau menjalankan tugas di luar negara. Bagaimanapun, beliau menegaskan Ahli Parlimen perlu memaklumkan kepada Speaker yang bertugas sekiranya tidak dapat menghadiri sesuatu sesi.

FW1335672 KL02 23102023 PARLIMEN lpr

“Mana-mana Ahli Parlimen yang tidak hadir bersebab mereka boleh terus maklumkan kepada Speaker bertugas, sekurang-kurangnya kita tidak akan menganggap mereka ponteng sidang Dewan Rakyat,” katanya lagi.

Johari menyifatkan masalah ahli parlimen ponteng Parlimen sebagai “tidak serius”. Bagaimanapun, beliau berkata beliau komited untuk menambah baik kehadiran dan memastikan Ahli Parlimen bertanggungjawab kepada pengundi mereka.

Sumber: New Straits Times

Google Backs Bown Alphabet agrees to change user data practices to end a German antitrust case

Google melancarkan nama domain ‘.ing’ yang baharu

Jilid Akhir Ella Puteri Kota 9 scaled 1

Penyanyi rock negara lagenda Ella bercerita mengenai masalah kehilangan pendengaran