kindergarten class without childs 3d rendering scaled 1 e1618725316993
in

SOP baharu memerlukan tadika hubungi ibu bapa segera jika anak tidak hadir

Tadika dan taska kini dikehendaki menghubungi ibu bapa dengan segera sekiranya anak tidak hadir ke kelas seperti biasa, di bawah prosedur operasi standard (SOP) baharu yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Langkah itu bertujuan mengelak insiden ibu bapa meninggalkan anak mereka tanpa pengawasan di dalam kenderaan, yang mengakibatkan beberapa kematian kanak-kanak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihak tadika dan taska juga perlu mendapatkan nombor telefon tambahan untuk ahli keluarga selain ibu bapa, sekiranya berlaku kecemasan.

401773232 907459347414674 3075884913053549847 n

“KPWKM memperbaharui SOP susulan tiga kes kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta dalam tempoh dua bulan ini.

“Operator Taska atau Tadika wajib menghubungi ibu atau bapa jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas kerana ia mungkin berlaku disebabkan salah faham seperti kemungkinan biasanya ibu yang menghantar anak.

“Tetapi pada hari itu tiba-tiba bapa pula yang menghantar dan dia terlupa ke Taska sebaliknya terus ke pejabat dengan anaknya terkunci di dalam kereta,” kata Nancy dalam satu kenyataan.

Shukri berkata, KPWKM menerima pelbagai reaksi dan cadangan daripada orang ramai mengenai cara menangani masalah kanak-kanak terbiar di dalam kenderaan. Bagaimanapun, banyak cadangan ini berada di luar bidang kuasa kementerian, seperti melarang penggunaan cermin gelap kereta.

“Apa yang kami laksanakan ialah memperbaharui SOP Taska dan Tadika manakala yang lain seperti cermin kereta gelap itu bidang kuasa kementerian lain,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

2385628

Larangan tingkap gelap salah satu cadangan untuk elak kanak-kanak daripada mati dalam kereta – Nancy Shukri

4218696 device front cocoon 01

Steam Deck OLED hadir dengan paparan skrin HDR, hayat bateri yang lebih baik