skmm elmina gambar video
in

SKMM beri amaran tindakan undang-undang terhadap individu yang kongsi gambar mangsa pesawat terhempas

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran bahawa individu yang berkongsi foto dan video nahas pesawat yang berlaku di jalan raya di Elmina Central Park, Seksyen U16, di sini semalam, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

SKMM berkata individu itu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang melarang penularan sebarang kandungan lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan.

SKMM menjelaskan, orang ramai diingatkan supaya menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi kepada semua pihak yang terlibat dalam kejadian itu.

elmina crashed 1

“Sekiranya berlaku nahas pesawat, adalah penting untuk kita mengekalkan sensitiviti dan mengelak daripada berkongsi gambar mangsa tragedi itu,” kata SKMM dalam satu kenyataan.

“Perkongsian gambar atau rakaman video mangsa kemalangan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa tetapi juga melanggar prinsip dan etika paling asas,” tambahnya.

SKMM menambah bahawa adalah penting bagi semua individu untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan tidak memuat turun gambar mangsa tragedi dan tidak menyebarkan atau terus berkongsi kandungan yang berkaitan.

“SKMM turut melahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa nahas pesawat di Elmina,” katanya.

2023 according police number unknown 838484999

Nahas pesawat itu berlaku kira-kira jam 2.48 petang di Persiaran Elmina, Shah Alam. Seramai 10 orang maut dalam kemalangan itu, termasuk dua juruterbang, enam penumpang, seorang penunggang motosikal, dan seorang pemandu kereta.

Amaran SKMM itu dibuat selepas beberapa gambar dan video mangsa nahas tular di media sosial. SKMM berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

SKMM juga menggesa orang ramai supaya bertanggungjawab dan menggunakan media sosial secara positif.

Sumber: Kosmo Digital

nintendo switch

Edaran produk Nintendo di Malaysia akan diuruskan oleh syarikat Convergent Distribution

2311398 2

Pemandu e-hailing reject ambil penumpang dalam nahas pesawat Elmina