dayana kb
in

Siapa Dayana? Gadis misteri berpakaian seksi buat cat walk di bandar Kota Bharu

Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang wanita muda memakai pakaian terdedah, dan berjalan di sekitar Kota Bharu pada waktu malam, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.




Video berdurasi 28 saat yang dimuat naik pada 6 Jun lalu, oleh seorang pengguna Facebook bernama Mohd Fadzli, menunjukkan seorang wanita tanpa tudung, berambut perang, mempamerkan catwalk nya di pelbagai lokasi.

Sejak dimuat naik, video itu telah mendapat banyak reaksi dari netizen, ada yang membuat spekulasi bahawa wanita itu merakam adegan seksi itu pada waktu lewat malam.

“Tengok dari segi stail pemakaian dia, dia mungkin bukan berasal dari Kelantan dan video itu mungkin dirakam pada awal pagi. Dia nampaknya berniat nak memburukkan imej negeri Islam ini. Semoga bertaubat segera dan bertudung,” kata Adnan Mohamad Abdullah.

“Adalah bodoh jika seseorang itu berpakaian provokatif di Kelantan,” kata Muhamad Faisal Rahidi.

“Dari mana datangnya dia ni? Dia akan merosakkan imej Kelantan,” kata Zulhafizhakimie Marzuki.

Sumber: New Straits Times

353794924 10161073258653856 5098516980037649293 n

Rakan arwah penunggang Ducati berkongsi kisah persahabatan mereka, arwah suka pada ilmu Sunnah

coklat syiling emas bolasepak

Bekas juruteknik ini dedah rahsia kotor kilang makanan childhood anda