IMG 20221113 WA0097
in

Seorang remaja tipu dirinya diculik, kemudian minta wang tebusan RM100,000 dari keluarga

Hanya kerana tidak mahu dikongkong dan mahu hidup bebas, seorang remaja perempuan mereka-reka cerita tentang penculikan dirinya, menuntut wang tebusan RM100,000 daripada keluarganya.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari kelmarin, remaja berusia 19 tahun itu keluar bersama keluarganya ke sebuah pusat membeli-belah di Ampang, sebelum memberitahu mahu menggunakan tandas.

Namun setelah menunggu selama dua jam, remaja tersebut masih tidak kelihatan, membuatkan bapanya mencari di seluruh pusat membeli-belah tersebut, tetapi tidak menemuinya.

“Tidak lama kemudian mereka menerima mesej WhatsApp daripada telefon bimbit anaknya meminta supaya menyerahkan wang tunai RM100,000 jika mahu anaknya selamat.

“Ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan remaja itu kemudian tampil membuat laporan polis,” kata sumber.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati ia bukanlah kes penculikan, sebaliknya remaja itu pergi mencabutkan diri ke tempat lain, kemudian menumpang di rumah rakan lelakinya di Shah Alam.

Polis telah menahan remaja itu pada 10 malam 1 Jun yang lepas, dan dia kini direman selama dua hari bermula hari semalam. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 dan 182 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

FxEiirxaQAI8NQ5

Taufik tidak setuju Chong Wei masuk Hall of Fame, maka Chong Wei pun suruh tanya BWF sendiri

opai najis supercar

Opai mengejek kereta bukan supercar dalam acara mereka, Tengku Panglima Johor terpaksa menegur