Terdapat rancangan di Selangor untuk melarang semua kedai haiwan peliharaan daripada menjual kucing dan anjing, dengan tujuan menggalakkan orang ramai mengambil haiwan peliharaan dari tempat perlindungan.
Inisiatif ini telah dibincangkan oleh pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan Selangor Ng Sze Han pada Forum Pengurusan Anjing Terbiar Selangor 2023. Kerajaan negeri juga mengesyorkan penggunaan kaedah menjaring untuk menangkap anjing liar, yang membolehkan pengangkutan lebih selamat ke pusat pegangan anjing. Selain itu, terdapat rancangan untuk membangunkan sebuah pusat perlindungan haiwan bertaraf antarabangsa sedang di peringkat akhir pelan, yang akan terletak di sebidang tanah seluas 1.2 hektar berhampiran Subang Jaya dan Cyberjaya.
Wakil daripada majlis tempatan dan NGO haiwan turut hadir ke forum tersebut, di mana mereka menekankan keperluan untuk lebih banyak pembiayaan bagi program spay dan neuter.
Ng mengakui terdapat cabaran kewangan buat masa ini, namun menyatakan bahawa tempat perlindungan haiwan itu akan mempromosikan aktiviti pengangkutan, pendidikan dan pengumpulan dana untuk menyokong kebajikan haiwan secara mampan.
Langkah untuk mengharamkan penjualan dari kedai haiwan peliharaan boleh mengurangkan kadar haiwan peliharaan yang terbiar di tempat awam, dan menangani aduan orang ramai mengenai kes anjing liar di negeri Selangor, yang mana terdapat 1,000 kes dilapor oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya, dan 3,000 lagi kes dilapor oleh Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 2022 sahaja.
Sumber: Selangor Journal