MB2
in

Selangor akan mula berikan baucar buku RM200 kepada pelajar bermula minggu ini

Kerajaan Selangor menunaikan janji untuk memberi baucar buku Kita Selangor RM200 kepada pelajar di negeri itu, janji terakhir daripada lima janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor Ogos lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri komited dengan janji dan berazam untuk meneruskan perkara lain yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

WhatsApp Image 2023 11 05 at 12.24.40 1

Baucar buku akan diedarkan kepada pelajar bermula minggu ini. Kerajaan negeri sudah pun melaksanakan empat janji lain iaitu insentif Mama Kerja untuk wanita, pengecualian cukai pintu, kenaikan elaun imam, bilal, dan siak, serta insentif pertanian.

Bajet Selangor 2024 yang akan dibentangkan pada 10 November 2023 ini juga dijangka mengandungi berita gembira untuk rakyat negeri itu, termasuk industri yang diperluas, insentif untuk melanjutkan pelajaran, dan perkembangan berkaitan agama Islam.

Sumber: SelangorKini

398552109 661498012824547 7431984665134661081 n

Jenayah di Kelantan meningkat dalam kes rogol, bunuh, dan curi kereta dalam 10 bulan pertama 2023

arina oct 2022 malaysia foreign workers shutterstock

Pekerja asing dilarang berkahwin dengan warga tempatan dalam tempoh visa PLKS