rider gaduh kota warisan
in

Sekumpulan rider penghantar makanan bergaduh tidak puas hati ditegur, kejadian di Kota Warisan

Sebuah klip video menunjukkan sekumpulan lelaki terlibat dalam pergaduhan telah tular di media sosial. Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah pusat beli-belah dekat Kota Warisan, Sepang, Selangor, dan dikongsi di laman group Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini oleh individu dikenali sebagai Ehh Tokk Uda Rupanya.

Warga netizen yang memberikan maklumat mengenai kejadian itu memberitahu pergaduhan tersebut melibatkan dua kumpulan berbeza.

Menurut Muhd Shazwan, pertengkaran itu bermula apabila seorang penunggang penghantar makanan menegur seorang penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya di tempat kejadian.



“Orang awam menunggang motosikal laju siap lalu-lalang depan pintu Kipmall. Kena tegur dengan rider (penghantar makanan).

“Tak puas hati kena tegur, penunggang motosikal itu mengadu pada abang dia. Nak dijadikan cerita, abang dia datang pukul rider. Bila sudah kecoh macam itu, orang ramai tolong rider itu pula,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook bernama Muhammad Haziq, berkongsi tangkapan skrin perbualan mereka membincangkan kejadian itu, seperti yang diterangkan oleh Muhd Shazwan.

2135456

Video tular itu menunjukkan beberapa lelaki menumbuk antara satu sama lain, menjerit, malah menggunakan topi keledar untuk memukul kepala orang lain. Beberapa individu dilihat cuba campur tangan untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Sumber: Facebook

mak bapak memekak

Anak dah sejam memekak, mak bapak pun buat pekak je dengan anaknya yang bising

Asif

Kakak dedah bapanya guna gaji Asif Suhaimi untuk membeli dadah dan berjudi