Dalam sebuah video TikTok dari pengguna @mrjkurakura2 baru-baru ini, telah berkongsi video menyentuh hati yang berlaku di R&R Manchap. Seorang lelaki warga Bangladesh telah ketinggalan bas yang dinaikinya, kerana dikatakan telah menghabiskan masa yang lama di tandas, dan pengguna Tiktok itu serta rakannya memutuskan untuk membantunya mendapatkan semula bas ekspres yang dia terlepas.
@mrjkurakura2 #budakklang #ajcleanventures #manchesterunited #pdrmfc #Selangorfc #Kekaltenang #stedyy #mrjkurakura2 #luruslurus #fyp
Sepanjang video itu, lelaki Bangladesh yang bersyukur itu terus-menerus melahirkan rasa terima kasihnya dengan mengucapkan ‘Alhamdulilah’ kerana bertemu dengan individu yang baik hati dan sudi membantunya pada masa sama.
Kisah ini telah mendapat pujian dari netizen serta contoh yang baik, kerana tindakan mereka yang sanggup menghulurkan bantuan pada orang lain dalam kesusahan, tanpa mengambil kira warna kulit dan bangsa.
Sumber: Tiktok