naim mokhtar Mhd Mohib Khouli Nazem
in

Sekat penyebaran ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem – Menteri Hal Ehwal Agama

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menteri yang menyelia agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), meminta semua jabatan berkaitan termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memantau dan menghentikan penyebaran ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem.

Berucap kepada pemberita semasa program Ziarah Asnaf Siri 4, menteri menekankan kerjasama dengan polis untuk membendung penyebaran fahaman sesat secara rahsia. Tumpuan adalah untuk menghalang ajaran ini daripada tersebar luas dan memesongkan akidah masyarakat Islam.

Kebimbangan itu berpunca daripada ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem, yang baru-baru ini diisytiharkan sesat oleh Mufti Terengganu pada 16 November 2023 lalu.

Menurut kenyataan Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun berkata, ketetapan itu dibuat susulan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu kali ke-15 yang berlangsung pada 30 Ogos lalu.

171123 trg ajaran sesat

Menurutnya, terdapat tujuh ketetapan bahawa ajaran itu sesat lagi menyesatkan kerana ia bercanggah dengan tonggak akidah yang diyakini oleh ulama al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah.

“Ciri-ciri penyelewengan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem antaranya mendakwa Allah SWT maha berkuasa terhadap segala sesuatu dan oleh sebab itu jika Allah SWT menghendaki mengadakan anak untuk diri-Nya, Dia maha berkuasa menciptanya.

“Dakwaan ini merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana (ajaran itu) memahami bahawa Allah SWT harus mempunyai anak, sedangkan jelas Allah SWT mustahil mempunyai anak.

“Selain itu, terdapat dakwaan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu dan oleh sebab itu, jika Allah SWT menghendaki duduk atas belakang sayap nyamuk, Dia Maha Berkuasa melakukannya.

“Dakwaan ini merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami seolah-olah Allah SWT mempunyai sifat dan jisim yang sama seperti makhluk,” katanya.

Selain itu, Mohamad Sabri berkata, ajaran itu turut mendakwa bahawa tidak sah solat di belakang imam yang berpegang dengan akidah al-Asya’irah.

“Jika solat Jumaat di belakang imam yang bermazhab al-Asya’irah, maka solatnya hendaklah diulang dengan solat zuhur.

“Ini antara kesesatan ajaran yang dibawa oleh dia dan jika tidak dihentikan kita khuatir ia akan mengelirukan masyarakat beragama Islam di negara ini,” katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, umat Islam yang mengamalkan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah haram.

101214714 10220710425562914 2358643176782168064 n

“Pihak Jwatankuasa Fatwa memutuskan bahawa ajaran itu sebagai fahaman ektremis agama atau golongan pelampau (ghuluw) yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Kita turut menggesa supaya penulisan ataupun penerbitan bercetak berhubung ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem disekat.

“Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan tidak dibenarkan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai kaitan dengan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem,” ujarnya.

Datuk Dr Mohd Na’im menggesa umat Islam di negara ini mendapatkan bimbingan daripada pakar dan ulama, sambil menekankan kepentingan berpegang teguh kepada fatwa untuk mengelak daripada mengikuti ajaran yang boleh memesongkan akidah mereka.

Sumber: Buletin TV3

tmj johor

TMJ kecam penyokong Harimau Malaya yang masih kritik prestasi pasukan selepas menang dengan Kyrgyzstan

salib restoran 1700372920 1024x576 1

Restoran Mon Chinese Beef mohon maaf isu pekerja pakai rantai salib, pekerja itu sudah diberhentikan