1012559
in

Sebanyak 14,858 calon pelajar tidak hadir peperiksaan SPM 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini sedang menyiasat punca ketidakhadiran pelajar ke peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menekankan kepentingan siasatan ini bagi melaksanakan intervensi yang sesuai dan meningkatkan kehadiran pelajar di masa hadapan.

Menurut laporan dari sumber, daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran, 14,858 pelajar atau 3.8 peratus tidak menghadiri peperiksaan itu.

“Saya fikir ada banyak faktor dan ia pastilah faktor yang mendesak sehingga mereka tidak boleh hadir untuk mengambil peperiksaan. Jadi, ia perlukan penelitian dan bagi masa untuk teliti, kita akan buat intervensi sewajarnya.

“Bagi menentukan perkara itu membimbangkan atau tidak, ia bergantung kepada apa yang dapat selepas kita teliti nanti…sebab calon kita ini pelbagai ada calon bukan sahaja bawah sekolah KPM, ada juga calon persendirian dan sebagainya jadi perlu pecahan yang lebih teliti,” katanya

Ini menunjukkan peningkatan berbanding SPM 2021 tahun sebelumnya, di mana 10,681 calon, atau 2.7 peratus, tidak hadir daripada 392,837 calon berdaftar, mengikut analisis KPM.

Fadhlina seterusnya berkata bilangan calon yang memperoleh sijil SPM telah bertambah baik, dengan 90 peratus lebih mencapainya, berbanding kadar sebelum ini hanya 80 peratus lebih sahaja. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu memberi lebih tumpuan untuk meningkatkan lagi peratusan calon yang berjaya memperoleh sijil di masa akan datang.

Sumber: Astro Awani

vlcsnap 2023 06 09 12h50m37s490 3

Ibu pelajar cemerlang SPM 11A telah meninggal dunia

351134958 995395538305785 1605312950104981344 n 1

Keluarga dimaklumkan Almarhum Nik Aziz akan terima gelaran Tun, terkejut dapat pangkat lain