abang sado jual durian
in

“Saya masih memakai seluar” – Penjual Durian sado pertahan gimiknya tanpa baju

Satu video tular baru-baru ini, memaparkan seorang lelaki bernama Ery Syarif, seorang jurulatih kecergasan dari Kuala Terengganu, menjual Durian dengan cara yang berbeza.

@erysyarif247

lokasi depan RHB BANK dataran austin gong badak.

♬ bunyi asal – DJ FAZLI🎧

Ery berkata dengan strategi pemasarannya yang unik itu, dia berjaya meraih pendapatan sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sehari, hasil jualan Durian di gerainya yang berhampiran Drawbridge Kuala Terengganu.

Melihat pada ruang komen dalam videonya, warga netizen memberi pelbagai reaksi, ada yang bersifat nakal, kebanyakannya cenderung kepada kritikan.

@erysyarif247 ikut musim…musang king!!! #durian #pasarpayang #terengganu ♬ Durian Dah Berbunga – Mr Os

Antara kritikan yang orang ramai mempersoalkan adalah sama ada dia menjual durian atau dirinya sendiri, Ery sama sekali menyangkal dakwaan tersebut, sambil menekankan bahawa dia masih memakai seluar, dan hanya sedikit bahagian perutnya yang kelihatan.

Dia turut melahirkan rasa terima kasih atas segala komen dan sokongan positif orang ramai, malah dia juga menggalakkan netizen untuk mengunjungi gerai keropok lekor miliknya di Kuala Terengganu.

Sumber: TikTok

lelaki hantuk isteri mahkamah melaka

Suami hantuk kepala isteri, ugut bunuh kerana tolak hubungan seks

Fx59yEOaEAMSYvW

Treler akhir filem Insidious: The Red Door menjanjikan pengakhiran yang mengerikan