syamsul sarah sah cerai 2
in ,

“Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu,” – Syamsul Yusof & Puteri Sarah sah bercerai

Syamsul Yusof, pengarah filem ‘Mat Kilau’ mengumumkan semasa prosiding penceraian di Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa dia telah menceraikan Puteri Sarah dengan talak satu.

Ini menandakan berakhirnya krisis rumah tangga mereka, kerana mereka telah bercerai secara sah buat kali kedua semasa prosiding.

Puteri Sarah hadir ke mahkamah dengan memakai kurung moden bewarna kelabu dan tidak menunjukkan perubahan emosi yang ketara.

Mahkamah meluluskan permohonan cerai Puteri Sarah terhadap suaminya, Syamsul yang difailkan pada 16 Januari lalu. Pasangan itu berkahwin pada 2014 dan mempunyai dua anak bersama.

Isu rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, namun Syamsul mendiamkan diri berhubung perkara tersebut. Bagaimanapun, pada 6 Januari lalu, dia mengesahkan perkahwinannya dengan Ira Kazar di Thailand, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai hubungan mereka.

Puteri Sarah yang terkenal dengan lakonannya dalam filem ‘Lu Pikirlah Sendiri’ kemudian memfailkan permohonan cerai dengan Syamsul pada 16 Januari lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.

Sumber: Kosmo Digital

alex jecelyn

Pelancong asing Alexey Brock mempersoal sketsa jenaka Jocelyn Chia

makkah 1626275239

Tempoh giliran untuk menunaikan haji kini mencecah 148 tahun