51684818032 tiketColdplay
in

RUU antiulat tiket akan diperkenalkan tidak lama lagi

Dalam usaha untuk menangani isu ulat tiket yang berterusan, kerajaan telah mengumumkan rancangannya untuk merangka rang undang-undang baharu. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mendedahkan perbincangan akan diadakan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menangani masalah itu.

“Saya telah bincang dengan Datuk Seri Salahuddin Ayub memang pada waktu ini di Malaysia kita belum ada undang-undang yang bersifat anti ulat tiket dan oleh sebab itu kita akan teliti bersama dengan kementerian lain yang mungkin menganjurkan aktiviti, program yang ada aspek penjualan tiket sama ada secara dalam talian atau tidak ada.

“Jadi penting untuk melihat apa peruntukan undang-undang yang boleh diwujudkan untuk mengelak masalah ulat tiket ini daripada berulang di masa depan,” katanya pada sidang media berkaitan penjualan semula tiket konsert Coldplay dengan harga tidak munasabah di Parlimen pada Selasa.

Menteri Fahmi menekankan bahawa isu ini bukan setakat terhad pada acara konsert sahaja, ia turut berlaku pada perlawanan bola sepak dan acara perayaan.

Mengulas lanjut isu ini, Salahuddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, mendedahkan bahawa pihaknya telah menerima 28 jumlah aduan, mengenai penjualan semula tiket konsert Coldplay. Sebagai tindak balas, siasatan menyeluruh akan dijalankan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam penjualan semula tiket, dengan tumpuan kepada kemungkinan pelanggaran undang-undang.

Pendekatan proaktif kerajaan untuk memerangi ulat tiket menunjukkan komitmen kerajaan untuk melindungi pengguna daripada amalan tidak bertanggungjawab, dan memastikan akses adil kepada pembeli tiket untuk pelbagai acara.

Sumber: Astro Awani

syamirul bunkface

Dijemput naik ke pentas menyanyi bersama, tidak sangka lelaki ini ‘take over’ tempat vokalis Bunkface

youtube bayashi

Ustaz Ebit Lew terbang ke Jepun, buat video masakan dengan Bayashi TV