Screenshot 534
in

Rupanya prosedur pengawetan jenazah dibawa pulang dari luar negara sangat mengerikan

Menguruskan jenazah ahli keluarga atau kenalan rapat yang meninggal dunia di luar negara boleh menjadi situasi yang sangat mencabar.

Proses penghantaran pulang jenazah bukanlah mudah seperti yang disangka, kerana ia melibatkan kos yang besar untuk dibawa balik, boleh mencecah hingga puluhan ribu ringgit, tetapi juga prosedur rumit yang mesti dilakukan pada jenazah mesti diikuti sebelum diterbangkan pulang ke kampung halaman.

Berkongsi pengalaman itu, Rafie Zainal, Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), menjelaskan proses pengawetan adalah kaedah yang sangat sukar, khususnya bagi yang beragama Islam, kerana ia melibatkan beberapa prosedur yang boleh disifatkan sebagai ‘menyakitkan’ arwah.

Salah satu langkahnya ialah pengekstrakan darah, yang digantikan dengan cecair larutan formalin, untuk memelihara tubuh mayat. Selain daripada itu, organ dalaman mayat perlu menjalani prosedur pembersihan yang agak menakutkan, menggunakan instrumen khusus yang dikenali sebagai ‘trocar’, yang ditusuk ke dalam perut, bagi menghancurkan organ dalaman badan jenazah.

“Untuk proses pembersihan organ ini, kita akan tebuk satu lubang di perut mayat, kita akan rodok (gunakan alat khas), untuk hancurkan segala organ di dalam mayat sebelum disedut keluar.

“Jantung, usus, perut, pundi kencing, buah pinggang semuanya akan disedut keluar sebab organ dalaman inilah yang buat mayat akan cepat mereput membusuk,” katanya.

Rafie berkongsi segala pandangan itu semasa video temuramah siri “Hitam Putih Kehidupan” dalam YouTube saluran Suhan, dihoskan oleh pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor dan Datin Seri Adlzliana.

Katanya, proses pengawetan adalah wajib apabila mengangkut mayat melalui udara dari luar negara. Selaras dengan prinsip Islam, Rafie menyebut bahawa terdapat dua hukum yang diguna pakai berkaitan proses pengawetan berkenaan dan ia adalah berdasarkan kepada situasi.

“Bila tahu proses dia macam ni, orang akan cakap takutnya. Tapi ramai orang tak pernah tahu.

“Kadang-kadang bila keluarga dia meninggal dunia ketika cuti atau belajar di luar, dia akan cakap nak bawa balik, tak kira berapa kos pun boleh bayar. Tapi masalahnya dia tidak tahu apa yang terjadi pada mayat.

“Sampai-sampai mayat itu memang macam cantik, macam hidup macam tidur sahaja. Tapi sebenarnya dalamnya hancur dan menyakitkan mayat,” ujarnya.

Disebabkan itu, Rafie berkata, adalah sebaiknya jika jenazah individu yang mati itu dikebumikan di tempat meninggal dunia

“Sebab Nabi Muhammad SAW pun bersabda, di mana meninggal dekat situlah kebumi. Pertamanya sebab sakitnya (proses) nak bawa balik mayat itu.

“Kedua, dari segi ganjaran itu, Nabi Muhammad SAW bersabda barangsiapa meninggal di luar tempat kelahirannya, maka akan dibina mahligai di syurga nanti sejauh tempat dia lahir sampai tempat dia meninggal,” ujarnya.

Sumber: YouTube

baginda keliru kembar uitm

Pasangan kembar ini berjaya buat Permaisuri Selangor keliru semasa istiadat graduasi UiTM

lisa blackpink tunku abdul rahman

Lisa Blackpink lebih dikenali berbanding Tunku Abdul Rahman dalam video sosial ringkas ini