pembaca berita rtm mohon maaf syukfendi
in

RTM terima permohonan maaf pengguna TikTok kerana video tular pembaca berita

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menerima permohonan maaf secara terbuka daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @syukfendi berhubung penyebaran imej jelik salah seorang pembaca beritanya.

Individu itu memuat naik rakaman siaran langsung Berita Wilayah untuk zon Selatan dari studio RTM Melaka, yang menunjukkan pembawa berita Nor Amalina Abdul Halim, memakai make-up menyerupai pelakon filem seram Indonesia, Suzanna.

Timbalan Pengarah Berita Semasa RTM, Md Shahri Saripan berkata, semakan rakaman video asal siaran berita itu mendapati ia telah disunting khususnya solekan pada lingkaran mata penyampai berita itu.

@ohnanadadada Replying to @syukfendi Bukan salah pembaca berita or salah MUA. Tapi salah kau sendiri sengaja tabur cerita nak fyp sangat, sampai jadi bahan fitnah. Kau better tukar hp or tv zaman 80an kau tu ya. Merangkaklah esok nak minta maaf sebar muka orang jadi macam tu. Padahal orangnya cantik, make up pun elok. Kerja awak sebar muka orang je, muka sendiri mana? Pengecut. Astaghfirullah. #fypシ #fypage #fyphariini #fypmalaysia ♬ original sound – Ferizagui

“RTM cukup terbuka dalam menerima pandangan, teguran, atau nasihat daripada orang ramai sebagai penonton setia semua program yang dihasilkan stesen itu. Namun, pandangan atau perkara yang sengaja disebarkan dengan sedikit tambahan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” kata Saripan dalam satu kenyataan.

Saripan berkata, RTM tidak berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut selepas individu terbabit menyiarkan kenyataan permohonan maaf di TikTok.

“Kami mengingatkan pengguna media sosial khususnya TikTok agar lebih berhati-hati dan bijak memuat naik posting di akaun masing-masing pada masa hadapan,” katanya.

Isu itu turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman yang memuat naik kenyataan di Instagram miliknya.

Sumber: Harian Metro

pencuri panjat bpangsapuri shah alam

Pencuri panjat bumbung bangunan pangsapuri, elak ditangkap orang ramai di Shah Alam

spaceandt2 1699780350

USM dan SpaceIn melancarkan picosatellite pertama Malaysia pada roket SpaceX