rider kena ban sg
in

Rider yang menegur warga Singapura isi minyak hilang pekerjaan

Lelaki penghantar makanan yang mendapat perhatian tular kerana menegur dua warga Singapura kerana mengisi minyak menggunakan tong telah mendakwa dia telah kehilangan pekerjaan selepas akaun Grabnya digantung.

Lelaki tempatan berusia 44 tahun itu, dikenali sebagai matkibot di TikTok, berkongsi video yang menyatakan akaunnya telah digantung sejak 6 petang hari sebelumnya.

“Selepas video ini viral di media sosial, Grab telah suspended (gantung) pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.

@matkibot #takdirrider #grabfood #pilotdaratMalaysia #ron95 #malaysiakita #malaysiatiktok #foodpandarider #shopeerider #grabfood ♬ original sound – matkibot

“Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak Grab, saya diberitahu ada orang membuat laporan.

“Melaporkan saya mengeluarkan skru driver (pemutar skru) untuk melawan, CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la check (semak),” katanya.

Masih tetap dengan pendiriannya, dia menegaskan bahawa dia memang tidak bersalah dalam hal itu, dan perkara itu telah menganggu periuk nasinya. Dia juga tidak pasti akan bilakah penggantungan akaunnya itu akan ditarik balik.

“Saya dapat RM100, kena hantar RM50 untuk isi perut anak bini, begitulah kita di Malaysia, okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga begitulah nasib rakyat Malaysia,” jelasnya.

Dalam video yang berdurasi satu minit dan 40 saat itu menjadi tular, menunjukkan pergaduhan antara penghantar makanan dan dua lelaki warga Singapura di sebuah stesen minyak.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, mengesahkan kejadian berlaku pada 16 Jun lalu jam 8:37 malam.

Menurut polis, pertikaian itu adalah akibat salah faham yang timbul daripada teguran pekerja penghantar makanan terhadap seorang lelaki Singapura kerana menggunakan tong untuk mengisi minyak.

“Hasil siasatan kita mendapati terdapat salah faham, lelaki warga Singapura itu mendakwa mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart.

“Semasa kejadian, mereka (lelaki Singapura) belum lagi mengisi minyak sebelum ditegur rider dan berlaku pertelingkahan antara kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Sumber: TikTok

SERAHTERIMATUGASIGP 1057 scaled 1

Pegawai polis wanita yang sering tular telah digantung tugas sejak minggu lepas

papua steady sokong

Walaupun kalah 10-0, penyokong Papua New Guinea ini masih steady menyokong