salib restoran 1700372920 1024x576 1
in

Restoran Mon Chinese Beef mohon maaf isu pekerja pakai rantai salib, pekerja itu sudah diberhentikan

Pihak pengurusan Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang, memohon maaf kerana terlepas pandang isu pemakaian rantai salib membabitkan individu yang didakwa salah seorang ahli kakitangannya.

Pengurus restoran yang dikenali sebagai Sofia mengesahkan, individu itu tidak lagi bekerja di restoran berkenaan selepas dipecat.

MON CHINESE BEEF ROTI 1700386132

“Saya akui ia adalah kesilapan pihak pengurusan kerana tidak memeriksa dengan teliti latar belakang bekas kakitangan kami itu. Dia (bekas kakitangan) sudah diberhentikan oleh pengurusan sebelum saya dapat tahu lagi mengenai isu tular dan mohon maaf sangat atas kesilapan itu.

“Jujurnya, saya tak boleh tidur lena memikirkan isu berkenaan kerana terkejut apabila dapat tahu video berkenaan tular dengan begitu cepat,” katanya.

Sofia berkata, restoran itu masih beroperasi dengan bantuan empat pekerja dari China dan seorang warga tempatan yang semuanya beragama Islam.

Restoran itu juga dalam proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

image8 3
Gambar hiasan

“Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal),” katanya lagi.

Sofia berkata, dia tidak menyangka restoran itu menjadi viral dan dikunjungi begitu ramai pelanggan setiap hari. Dia mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang dan berkata bahawa restoran sentiasa mencari jalan untuk menambah baik.

Permohonan maaf itu dibuat selepas video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok tular di media sosial mengenai pengalamannya mengunjungi Restoran Roti Daging Cina Mon di Bukit Bintang.

fog16 MS1911 NSTfield image socialmedia.var 1700401826

“Di China ada 52 cawangan dan memang popular hingga pelanggan berbaris panjang di semua premis di sana.

“Di sini pula adalah cawangan pertama dan sangat baru tapi tak sangka kerana sambutannya luar biasa. Terima kasih kepada semua yang datang,” ujarnya.

Video itu menunjukkan salah seorang kakitangan restoran itu memakai songkok dengan rantai salib di lehernya.

Ini serta-merta mengundang tanda tanya netizen yang mempersoalkan sama ada restoran itu cuba menyembunyikan pelanggan dengan meminta pekerja bukan Islam memakai songkok.

Sumber: Berita Harian

naim mokhtar Mhd Mohib Khouli Nazem

Sekat penyebaran ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem – Menteri Hal Ehwal Agama

bahan letupan kuari hilang

Polis mencari maklumat berhubung bahan letupan kuari yang hilang di Puchong