remaja 13 tahun lori roro
in

Remaja umur 13 tahun ditahan kerana pandu lori RORO buat kerja ‘part time’

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan sepasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor kerana memandu lori Roll On Roll Off (RORO) di Persiaran Mokhtar Dahari.

“Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan dipandu remaja lelaki bersama abangnya berusia 15 tahun sebagai kelindan.

“Selain memandu bawah umur, kita turut mengesan pelbagai kesalahan lain antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, memasang lampu mata arah (strobe light) serta tiada tanda had laju,” katanya.

Penahanan itu berlaku ketika rondaan yang dilakukan anggota JPJ sekitar jam 12:30 tengah hari Sabtu lalu. Pengarah JPJ Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, pegawai berkenaan menyedari kenderaan berat itu kosong dalam keadaan mencurigakan.

Siasatan lanjut mendapati remaja itu yang masih bersekolah, bekerja sambilan sebagai pemandu lori RORO milik syarikat keluarganya.

“JPJ bertindak menyita lori terbabit mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kenderaan itu dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok untuk tindakan lanjut,” katanya.

Khairul Khar menegaskan pemanduan bawah umur adalah kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 39 APJ 1987.

Sumber: Facebook

amir ahnaf dikatakan sombong

Peminat memberitahu Amir Ahnaf sombong untuk bergambar dan melayan peminat

aina abdul narsis

Aina Abdul dipanggil acah Diva, kerana masih halang pemandangan pentas dengan perhiasan kepalanya