353794924 10161073258653856 5098516980037649293 n
in

Rakan arwah penunggang Ducati berkongsi kisah persahabatan mereka, arwah suka pada ilmu Sunnah

Ramai warga netizen melahirkan rasa simpati terhadap penunggang motosikal Ducati yang meninggal selepas tercampak dari Lebuhraya SUKE semalam.

Mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azadin, 64, meninggal dunia di tempat kejadian setelah cuba mengelak motosikal yang melawan arus. Rakan karib Allahyarham, Mohd Saif Mohd Shariff, berkongsi hantaran di Facebook, berkongsi kisah persahabatan mereka sejak 2016.

“Last perbualan kami…Assalamualaikum, brother you need to ride, we need to ride, it’s been a while kan.. Okey bang inshaAllah on.

“Kebetulan memang jarang dapat ride bersama sejak kelas setiap minggu, last bertemu akhir Ramadan. Sempat catch up, berpelukan melepas rindu. We plan to ride soon… Qaddarallah tidak kesampaian hasrat kami,” ujar Mohd Said.

Mohd Said menyebut Ahmad Fadzil merupakan pelumba berpengalaman, dan turut menekankan komitmennya untuk solat berjemaah di masjid dan berbincang tentang perkara agama.

“Ramai yang mengenalinya terutama sahabat-sahabat riding. Beliau merupakan seorang sahabat yang cool malah saya menganggapnya sebagai seorang abang dan menghormatinya.

“Awal-awal riding sekitar 2016, 2017 banyak yang saya pelajari hasil daripada kerap mengekori beliau dari belakang. No doubt riding skill dia yang amat baik, boleh dikatakan seorang yang luar biasa apabila mengendalikan jentera,” ujarnya lagi.

“Perbualan kami sentiasa topik motor, how to handle the machine, his past experience riding sort of models, general topics dan pastinya perbincangan ilmiah a-Quran dan sunah yang kami dapat manfaat bersama-sama.

“Semuanya kami sepakat dalam hal agama, Alhamdulillah sahabat manhaj yang tulen. Di sudut lain pula beliau juga adalah pencinta sunah, seorang yang istiqamah dengan solat berjemaah, saf depan pasti miliknya.

“Sentiasa lekat di majlis ilmu asatizah sunah, tidak pernah lepas daripada tangannya al-Quran setiap hari dan pagi.

“Ke mana kami ride bersama dia akan pastikan sempat balik untuk berjemaah di masjid. Perasaan sebak pilu, namun pasti Allah lebih menyayanginya atauran Allah terbaik untuknya,” tulisnya lagi.

Sumber: Facebook

1410731

Vape masih kekal difatwakan haram bagi umat Islam

dayana kb

Siapa Dayana? Gadis misteri berpakaian seksi buat cat walk di bandar Kota Bharu