WhatsApp Image 2023 06 19 at 09.50.50
in

Puluhan al-Quran dan kitab agama tidak musnah dalam kebakaran di SMI Kampung Assam Jawa

Dalam satu kejadian yang mengejutkan, berpuluh-puluh al-Quran dan kitab agama di bangunan asrama wanita Sekolah Menengah Islam (SMI) Addimyati di Kampung Assam Jawa kekal tidak disentuh dan tidak mengalami sebarang kerosakan ketika kejadian kebakaran berlaku semalam.

Pengetua sekolah berkenaan, Mohd. Anuar Fitri Jusoh, melahirkan rasa hairan apabila mendapati rak yang menempatkan kitab-kitab suci di surau asrama itu masih lagi utuh.

“Selain asrama, kebakaran itu mengakibatkan kemusnahan tandas dan dan dinding turut terbakar. Saya menganggap kesempurnaan al-Quran yang terselamat daripada dimamah api itu sebagai keajaiban Allah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Seramai 13 pelajar perempuan yang tinggal di situ terselamat, dalam kebakaran yang berlaku dalam sebuah bangunan teres satu tingkat, menempatkan asrama, surau, perpustakaan, bilik kuliah kecil serta tandas.

Ketua asrama dan salah seorang mangsa, Nisa Athirah Ahmad Ridzwan menceritakan dia dan pelajar lain sedang nyenyak tidur ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 3:45 pagi.

“Namun, saya terjaga selepas terbau asap dan terkejut melihat percikan api daripada kipas bilik yang jatuh ke tilam.Tanpa berfikir panjang, saya terus memanggil semua rakan supaya keluar dan membunyikan siren kecemasan di luar asrama itu,” katanya.

Sumber: Kosmo Digital

Fy PfutaUAAAEhd

Telegram akhirnya bekerjasama dengan SKMM dan PDRM untuk bendung jenayah

sheila menggila lagi 2

Inspektor Sheila buat hal lagi, kali ini perlekeh polis pangkat Lans Koperal di balai polis