zaitoun sita
in

Premis menjual manisan Arab di Bukit Bintang diarah tutup operasi tanpa lesen

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan premis menjual khunafa dan manisan Arab di Bukit Bintang ditutup kerana beroperasi tanpa lesen.

Premis yang terletak di Jalan Bukit Bintang itu turut dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut.

@zaitoun.malaysia Dance with zaitoun #fyp #dance #zaitounfood #bukitbintang #malaysia #dancewithzaitoun ♬ The Irishman – Paul Velchev

Perintah penutupan itu dikeluarkan selepas penguat kuasa DBKL mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja.

Selain itu, premis berkenaan didapati meletakkan dua meja kayu bulat dan empat kerusi bertapak di tempat awam tanpa kebenaran DBKL.

@zaitoun.malaysia Dance with zaitoun #fyp #bukitbintang #zaitounfood #malaysia #dancewithzaitoun #dance ♬ Kalau Lapar Makan Kalau Iri Bilang Bos – Aziz Alvano

“Sehubungan dengan itu, DBKL mengeluarkan satu notis kompaun serta membuat sitaan terhadap kerusi meja yang menyebabkan halangan di tempat awam mengikut Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan Parit dan Banggunan 1974,” katanya.

DBKL memberi amaran bahawa mana-mana premis yang didapati beroperasi tanpa lesen atau melanggar mana-mana peraturan lain akan dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk penutupan dan kompaun.

@ladiswasheruhm awat ni habibi? #zaitounbukitbintang #zaitounfoodbukitbintang #fypmalaysia #masukberandafyp ♬ original sound – Ahmad Faiz Ben Azizi

“Premis itu hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan). Selain itu, aktiviti perniagaan terbabit turut dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

“Susulan daripada hasil pemantauan itu, satu operasi penguatkuasaan dijalankan di premis terbabit semalam,” katanya.

zaitoun bukit bintang

DBKL berkata, operasi penguatkuasaan itu dilakukan susulan hasil pemantauan yang dijalankan di premis berkenaan.

Premis itu turut diambil tindakan tutup serta-merta (SEALED) mengikut Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

DBKL berkata pihaknya akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap perniagaan yang beroperasi tanpa lesen yang sah atau yang melanggar undang-undang.

Sumber: Buletin TV3

WhatsApp Image 2023 08 16 at 17.14

Aziz M Osman akan sekat sesiapa yang hantar mesej negatif terhadapnya, termasuk anaknya sendiri

20823bomba1 1692525938

Enam kilang pembuatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh terbakar