Polis Jerman telah menahan suspek yang cuba membakar sebuah masjid di bandar Dresden, di tenggara Jerman pada lewat petang Selasa, kata jurucakap polis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Suspek tersebut berumur 34, ditahan dan sedang disiasat kerana tindakan tersebut. Motif suspek masih tidak jelas.
Suspek tersebut merupakan individu yang sama dikatakan telah membakar Al-Quran di sebuah masjid pada April lalu.