logo polis 2 1598017562
in

Polis tahan seorang pelajar lelaki curah sabun ke mata rakan sekelas di Melaka

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun ditahan polis di Gerik kerana didakwa menuang cecair disyaki sabun, ke mata rakan sekelas di sebuah sekolah menengah berasrama.

Penahanan itu dibuat selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini dan pemeriksaan pakar mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ‘Bilateral Eye Chemical Injury Grade 1’,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 19 Mei lalu ketika mangsa sedang tidur di asrama sekolah berkenaan. Pelajar yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Polis akan memanggil saksi, termasuk guru dan pelajar lain, untuk membantu siasatan, dan kes akan dirujuk kepada pihak pendakwaan sebaik siasatan selesai.

Sumber: Harian Metro

Tesco Shopping Mall9

Syarikat Gula MSM Holdings mahu menaikkan harga produk gula mereka

rumah sepah penyewa

“Macam setan yang duduk” – Tuan rumah terkejut rumah dalam keadaan bersepah dibuat penyewa