kes baling batu kayu lebuhraya senawang seremban
in

Polis mencari 4 individu baling batu dan kayu di Lebuhraya Senawang – Seremban

Polis sedang giat mengesan empat individu yang disyaki melakukan perbuatan membaling kayu dan batu di Lebuhraya Senawang – Seremban.

Susulan laporan yang dibuat oleh seorang pemandu lori berusia 32 tahun, yang mendakwa objek telah dibaling pada cermin depan kenderaannya ketika dalam perjalanan di lebuh raya tersebut, pihak berkuasa telah memulakan siasatan.

“Suspek dipercayai empat orang lelaki melarikan diri ke arah semak berdekatan lebuh raya berkenaan.

“Pengadu mengalami kerugian lebih kurang RM1,000 akibat kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil memberikan butiran ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Parthiban di talian 019-6513114 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di Seremban 06 -6033222.

Insiden itu mendapat perhatian meluas selepas video berdurasi 52 saat yang memaparkan cermin depan lori yang rosak itu tular di media sosial.

Sumber: Twitter

aliff aziz ibu

Aliff Aziz segera menghubungi ibunya bila terkenang kesilapan lalu dirinya

28a10e39 fw1297634 kl30 06042023 dewan negara lpr

Kos PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan dianggar RM420 juta