helikopter anak sekolah
in

Polis hantar laporan pada CAAM siasat helikopter mendarat untuk hantar pelajar ke sekolah

Polis akan membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) susulan laporan mengenai sebuah helikopter dikesan mendarat di padang kawasan perumahan, di Seksyen U11, Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Shah Alam, Iqbal Ibrahim, menyatakan bahawa CAAM akan bertanggungjawab untuk menyiasat sama ada pengendali helikopter itu mempunyai permit yang diperlukan untuk pendaratan, yang dilaporkan berlaku pada 17 April 2023 lepas, sekitar pukul 8 pagi.

“Siasatan mendapati helikopter berkenaan telah mendarat lebih kurang 15 minit pada sekitar jam 8 pagi di kawasan tanah lapang berhampiran Jalan U11/11D, Bukit Bandaraya Seksyen U11 Shah Alam.

“Dari pihak CAAM, kita hanya periksa dari segi teknikal, sama ada helikopter itu memiliki lesen yang sah dan juga dari segi penggunaan ruang udara itu,” ujarnya.

Video yang dikongsi oleh seorang penduduk menunjukkan helikopter itu mendarat di padang kawasan rumahnya, serta sekeping gambar merakamkan seorang kanak-kanak berjalan keluar dari helikopter sambil ditemani juruterbang.

Penduduk yang enggan dikenali mendakwa ini adalah kali kedua helikopter itu mendarat di kawasan itu, dengan kejadian pertama tidak sempat dirakam oleh penduduk. Namun penduduk itu berkata lagi, helikopter berkenaan dilihat tidak kelihatan sejak pihak sekolah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Menurut sumber dari NST, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), berkata helikopter tidak memerlukan pelepasan dari menara kawalan trafik udara untuk mendarat di luar lapangan terbang.

“Dari segi undang-undang, helikopter itu boleh mendarat di mana-mana sahaja di kawasan lapang, tapi dia kena dapatkan kebenaran daripada pemilik tanah. Tanggungjawab untuk dapatkan kebenaran itu adalah di pihak juruterbang.

“Jadi sekarang ini, kita kena kenal pasti daripada juruterbang itu sama ada dia punya penerbangan itu dapat kebenaran untuk mendarat dari pemilik tanah atau tidak dan termasuk pelan penerbangan tersebut. Jika tidak dapat kebenaran, sepatutnya dia tidak boleh mendarat,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

twitter blue verified 63979bbfae699 sej

Twitter akan hadkan jumlah mesej DM yang boleh dihantar bagi pengguna percuma

iqram solat pesawat

Iqram Dinzly solat dalam kapal terbang – “Dia solat paling awal dalam semua penumpang”