Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, meluahkan kemarahannya terhadap Datuk Bung Moktar Radin dalam Instagram story, merujuk beliau sebagai “musuh kesihatan awam.”
Khairy turut menyiarkan foto Bung Moktar, disertai dengan perkataan “Pakyu,” terpulang pada anda untuk menafsirkan maksud sebenar perkataan tersebut.
“Musuh kesihatan awam. Menentang undang-undang untuk mengawal produk merokok. Menentang semasa saya menjadi Menteri. Masih menentangnya [sehingga sekarang].
“Mungkin [dia] fikir rokok tidak menyebabkan kanser. Pakyu Mokhtar Radin. Nasib baik Sabah tak jatuh kat kamu,” katanya di Instastory dengan dimuat naik sekali gambar Bung Moktar.
Bung Moktar, yang merupakan ketua Umno Sabah, masih belum menjawab tuduhan Khairy di media sosial.
Semasa menjadi menteri kesihatan, Khairy memperjuangkan Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022, yang bertujuan untuk mengharamkan produk rokok, tembakau dan vape bagi mereka yang lahir dari tahun 2007.
Bagaimanapun, rang undang-undang itu tidak dapat diteruskan kerana telah berlaku pembubaran parlimen tahun lepas. Sejak pertukaran kerajaan selepas PRU ke-15, rang undang-undang itu tidak dibentangkan kembali.
Pada awal tahun ini, Bung Moktar menggesa Menteri Kesihatan sekarang, Dr. Zaliha Mustafa, untuk mengutamakan akses penjagaan kesihatan yang sama-rata, berbanding inisiatif anti-merokok tersebut.
Beliau menekankan keperluan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan di seluruh negara dan bukannya memberi tumpuan kepada rokok sahaja.
Pada 2018, larangan merokok telah dilaksanakan di seluruh bangunan Parlimen, menyebabkan Bung Moktar menuduh Kementerian Kesihatan itu melakukan diskriminasi terhadap perokok dari ahli Parlimen.
Sumber: Instagram