photo service dentalcleaning
in ,

Perkhidmatan MySejahtera diperluaskan kepada temu janji pemeriksaan gigi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperluaskan sistem MySejahtera kepada khidmat kesihatan pergigian. Melalui sistem itu, orang ramai kini boleh menjadualkan pemeriksaan kesihatan pergigian mereka, dan merancang temu janji ke pusat pergigian mengikut keselesaan waktu mereka.

Sistem kemaskini terbaru ini membolehkan janji temu dibuat untuk pemeriksaan gigi, di mana pengguna hanya perlu menekan pada bahagian nama dan selanjutnya boleh memilih kategori ‘Perkhidmatan Pesakit Luar’. Namun sekiranya berlaku kecemasan pergigian, seperti sakit gigi atau kecederaan pada tisu muka atau gigi, individu boleh terus melawat klinik pergigian berdekatan tanpa membuat sebarang temu janji terlebih dahulu.

MYSejahtera 2023
MySejahtera 2023 1

Inisiatif pendigitalan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan sistem penjagaan kesihatan pergigian negara, meningkatkan tahap kesihatan rakyat, menggalakkan penjagaan diri, dan membolehkan pengesanan awal dan pencegahan penyakit pergigian.

Menerusi satu tinjauan baru melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendedahkan bahawa 15% rakyat Malaysia tidak pernah menjalani pemeriksaan pergigian, manakala 50% tidak pernah menjalani pemeriksaan pergigian dalam tempoh lebih dari dua tahun.

Sumber: theSundaily

WhatsApp Image 2023 05 15 at 14.53.39 1684135399

Sambal Village Park Nasi Lemak kini boleh didapati di pasaraya Jaya Grocer

social media sex 1597067865

Kadar jenayah berkaitan seksual dikalangan pelajar di negeri Selangor meningkat