maybank
in

Perkhidmatan Maybank akan terganggu pada 20-21 Mei Ini – Mulai Jam 12 Pagi Sehingga 7 Pagi

Maybank telah mengumumkan bahawa akan terdapat gangguan pada perkhidmatannya pada hujung minggu ini, khususnya pada hari Sabtu (20 Mei 2023) dan Ahad (21 Mei 2023).

Perkhidmatan Maybank2u, Perbankan Mudah Alih Maybank2u, Perkhidmatan ATM, dan Terminal Layan Diri tidak akan beroperasi secara berperingkat pada hari Sabtu dari jam 12:00 pagi hingga 7:00 pagi, dan pada hari Ahad dari jam 12:00 pagi hingga 7:00 pagi.

Maybank memohon maaf atas sebarang kesulitan yang akan berlaku dan meminta pengguna memahami dan memberi kerjasama semasa mereka melakukan proses penyelenggaraan.

maxresdefault 8

Tonton treler pertama untuk filem Killers of the Flower Moon oleh Martin Scorsese

Cover 86 800x420 1

6 cedera 3 kritikal akibat dirempuh kereta ketika membeli nasi lemak di Jitra